November 21, 2008

Keluar dari runtuhan?

Akhirnya.
Dunia dan umat manusia sudah mula mencicip-cicip rasa risau dan seriau. Kesan pilihan manusia sendiri. Pilihan untuk tentukan sistem hidup sendiri. Wahyu dan petunjuk nabi tolak tepi bawa ke belakang.
Di mana-mana, artikel, ulasan, analisis, kritik semua hampir serupa. Semua menyatakan ini:
 World Economy Failure 
Dan hampir tiada seorang pun yang mampu menafikan sumbangan besar Amerika dan ideologi Kapitalisme terhadap peristiwa besar ini.
Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan berasaskan keuntungan. Takrif individu di sini juga boleh merujuk kepada sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis oleh itu berdasarkan kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, menetap harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis selalu berhujah bahawa sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme. Kapitalisme berasal dari perkataan kapital (bahasa Inggeris: capital) yang bermaksud "modal".   
Kalau sebelum ini seluruh umat manusia jadi derita dan menyesali sistem Sosialisme dan Komunisme, kini masanya pula dunia belajar daripada padah yang dibawa Kapitalisme. Mungkinkah manusia belajar dari dua kesilapan ini?
Belum tentu.(Kita pun tahu ada ideologi batil lebih besar di sebalik ini semua,kan?)

Dan kita semua tahu ada jawapan bagi segala kemelut ini dalam sistem Islam. 
Manusia tidak akan belajar selagi umat Islam belum menjadi 'ustaz' kepada dunia ini.
Dan umat Islam tidak akan mampu melakukan itu selagi beberapa kalangan yang sedar dan faham hakikat ini hari ini, menunjukkan jalan dan meledakkan potensi umat. Agar umat ini kembali bangkit. Jadi 'ustaz' kepada dunia ini.
Saya perlu yakin dengan masa depan Islam. Saya perlu yakin saya punya peranan yang tidak kalah besarnya dalam usaha ini.

" Ya Allah, bantulah kami atas golongan Kafirin ".


Emosi saya bercampur-baur. Allahu akbar.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails