Persoalan bila, di mana, bagaimana, dan siapa, tentang kemerdekaan Malaysia selalunya diketahui jawapannya oleh semua. Daripada generasi yang lahir sebelum merdeka sehingga ke generasi sekarang, jawapan itu tidak berbeza.
Namun persoalan mengapa perlunya merdeka - tidak ramai yang boleh mengungkapkannya dengan tuntas. Adakah generasi kini boleh berbicara tentang mengapa perlunya tanah ini merdeka daripada penjajahan suatu masa dahulu, seperti bicara yang sama yang diungkapkan oleh generasi-generasi terdahulu?
Mengapa perlunya kita merdeka?
Mengapa perlunya kita menghalau penjajah keluar?
Selain kerana faktor tabii manusia yang rimas hidup belenggu, tidak rela hidup dalam kesempitan penjajahan, kesengsaraan ditindas penjajah, dan sebagainya, ada satu jawapan yang selalunya terlepas daripada difahami oleh generasi kini.
Kita perlu merdeka kerana kita mempunyai hasrat dan kehendak yang tersendiri dalam hidup bernegara. Kita memiliki agenda yang ingin ditegakkan, tetapi dihalang oleh kuasa yang datang dari luar.
Kehendak dan hasrat itu semuanya diwarisi turun-temurun semenjak kali pertama nenek moyang kita dijajah. Berjuang melawan penjajah kerana mereka menjadi batu penghalang kita menegakkan hasrat kita di tanah air kita sendiri.
Apakah hasrat dan kehendak itu?
Jika nenek moyang kita masih hidup bolehlah kita bertanya kepada mereka. Sekurang-kurangnya, dari tulisan-tulisan terdahulu, dapat kita ketahui bahawa kehendak asal yang ingin ditunaikan ialah ingin kembali kepada sebuah keagungan asal, yang pernah dirasai sebelum penjajah melanggar kita kali pertama.
Ertinya di sini kita merdeka bukan hanya untuk merdeka dan bebas, tetapi kerana kita ingin melunaskan kehendak kita yang satu itu - kembali membina keagungan yang pernah tertegak di tanah ini. Keagungan peradaban kerajaan Melayu yang kemuncaknya ketika ia menuruti wahyu Islam dalam segenap perkara.
Asas keagungan itu ada tiga; kedaulatan Islam, kekuatan bangsa Melayu, dan kedaulatan Raja dan Sultan Melayu. Di atas tiga tiang ini terbina sebuah binaan agam negara yang agung di Nusantara, di mana di bawahnya bernaung dan berteduhlah sekalian manusia pelbagai bangsa dan agama, dari Timur dan Barat.
Jadi kita bersoal sekali lagi di sini; apakah selepas kita merdeka, kehendak di atas dapat kita tunaikan? Jika ya, di tahap manakah ia berjalan sama seperti kehendak dan hasrat asal nenek moyang kita ketika mereka mula-mula bertekad melawan penjajah? Jika tidak, apakah nilainya kita merdeka, bebas mentadbir sendiri tetapi lupa semua kehendak dan hasrat asal?
Itu juga yang selalu terjadi di zaman moden di negara-negara yang diperintah diktator. Apabila diktator itu berjaya ditumbangkan, negaranya bukan diisi dengan kehendak dan hasrat asal (yang terhalang kerana wujudnya diktator), tetapi negaranya terbiar menjadi satu vakum yang mengundang kacau-bilau, atau digantikan pula dengan kehendak dan hasrat orang lain (seperti menegak demokrasi liberal sejati misalnya - inikah kehendak dan hasrat asal mereka?).
Hal yang demikian terjadi kerana mereka lupa jawapan yang benar bagi persoalan 'mengapa perlu merdeka?' atau 'mengapa perlu bebas daripada rejim diktator?'. Atau lebih malang, mereka sebenarnya tidak tahu langsung jawapan kepada soalan tersebut. Sudah terlalu lama hidup hanya sekadar untuk hidup, kosong daripada kehendak dan hasrat yang sejati.
Apabila dilihat-lihat tema dan bicara yang mewarnai sambutan hari kemerdekaan tahun-tahun kebelakangan ini, serta pelbagai isu dalam negara, nampaknya persoalan mengapa ini boleh dikatakan sudah amat kabur jawapannya di dalam jiwa rakyat. Bila kabur ramai pula ambil kesempatan melontarkan kehendak baru dan hasrat baru, yang nyata jauh menyimpang daripada kehendak dan hasrat yang sepatutnya. Lebih malang, kehendak dan hasrat baru ini ialah kehendak dan hasrat yang lahir dari benak bekas penjajah-penjajah kita!
Kita perlu lebih banyak berbicara dan menggilap semula ingatan kita terhadap kehendak dan hasrat asal kita. Keagungan asal kita, dan tiang-tiang utamanya. Hanya ini yang menjadikan kemerdekaan kita berbaloi dicapai, dan berbaloi diperingati saban tahun.
Jika tidak, sama sahaja sebenarnya - merdeka atau tidak.