December 02, 2014

Kelemahan 'Tuhan' baru dunia

Ketika US sebagai proksi Zionis giat menggencar pendekatan globalisasi dunia sebagai kaedah baru penjajahan dan peluasan hegemoni mereka pasca Perang Dingin, mereka mengecapi suatu perasaan baru dalam diri mereka; perasaan menjadi 'Tuhan'.

Bagi US ketika itu, memerintah manusia lain hanyalah soal 'mahu atau tidak' sahaja. Jika mereka mahu, mereka tawan dan jadikan sebuah negara lagi sebagai hamba mereka. Jika mereka tidak mahu, mereka tinggalkan dan biarkan dahulu. Tiada batas dan penghalang lain bagi mereka selain daripada kehendak mereka sendiri, demikian sangkaan mereka.

US dan Israel lupa bahawa meskipun mereka memegang beberapa kunci penguasaan dunia (ekonomi dan politik misalnya), mereka tetap lemah dan tidak terdaya mengubah beberapa kunci yang lain yang hanya berada di tangan Raja segala Raja, Allah 'azza wa jalla. Unsur geografi misalnya, adalah unsur penting dalam strategi penguasaan dunia yang tidak mampu ditentukan oleh US/Israel. Sedar atau tidak mereka terpaksa akur dengan letak duduk semua tanah-tanah di muka bumi ini, termasuklah segala yang terkandung di dalam tanah tersebut seperti minyak, mineral, dan sebagainya. Begitu juga dengan unsur sejarah. Sejarah manusia adalah suatu rakaman kepada takdir di sisi Tuhan yang telahpun tertulis sebelum lagi bumi ini diciptakan.

Dahulu dalam sejarah Firaun pernah berdepan dengan kelemahan yang sama. Di saat dia menyangka bahawa segala sumber bumi (natural resources) dan sumber tenaga manusia (human resources) sudah berada di tangannya sekaligus menimbulkan rasa ke'Tuhan'an dalam dirinya, dia akhirnya tewas dalam keterbatasan dirinya daripada mengawal salah satu unsur geografi di bumi ini iaitu laut.

Nampaknya masa depan kejatuhan hegemoni US/Israel tidak sukar diramalkan. Keselesaan mereka duduk di dalam ilusi bahawa mereka sedang menguasai dunia menurut kehendak mereka akan menyebabkan mereka disaingi oleh kuasa lain yang tahu erti tunduk kepada kunci-kunci yang ada di tangan Allah s.w.t.

Kini saya semakin yakin dan beriman dengan janji Allah s.w.t untuk mewariskan pemerintahan dunia ini kepada orang yang beriman, kerana hanya orang yang beriman tahu bahawa selamanya mereka ialah hamba yang penuh keterbatasan dan perlu tunduk kepada sunnah kejadian alam milik Tuhan mereka.

10 comments:


  1. شركة مكافحة حشرات بجدة
    تشكل الحشرات خطر كبير على حياة الإنسان عند تواجدها داخل المنازل والبيوت، ولهذا يجب أن يتم القضاء عليها باستخدام أفضل الطرق الأمنة، ولذا فأنت بحاجة إلى واحدة من شركات مكافحة الحشرات وهي الذي أصبحت أكثر انتشاراً بالمملكة ولكن عند التعامل مع واحدة من تلك الشركات يفضل أن تكون شركة يثق بها الجميع، ويثق في أدائها بالعمل، واليوم سوف نحرص على أن نقدم إليكم واحدة من أكبر الشركات الرائدة في مجال مكافحة الحشرات بجدة، وهي شركتنا شركة مكافحة حشرات بجدة، فشركتنا تحرص على استخدام أقوى المبيدات الحشرية القاتلة للحشرات بأقل وقت ممكن، كما أن
    شركة تركيب طارد حمام بجدة

    شركة مكافحة حشرات بجدة
    شركة مكافحة صراصير بجدة
    شركة مكافحة البق بجدة
    شركة مكافحة النمل الابيض بجدة
    شركة مكافحة الفئران بجدة
    https://ahbabelmadina.com/شركة-مكافحة-حشرات-ورش-مبيدات-بجدة/


    ReplyDelete
  2. the article is very petrifying, hopefully it can be useful and an important lesson.

    ReplyDelete
  3. https://www.nornada.com/%D8%B4%D8%B1%D9%83%D8%A9-%D8%AA%D8%B3%D9%84%D9%8A%D9%83-%D9%85%D8%AC%D8%A7%D8%B1%D9%8A-%D8%A7%D9%84%D8%AF%D9%85%D8%A7%D9%85/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails