November 17, 2014

Peace & Stability

'Peace & Stability' - inilah dua kata kunci yang ditegaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perbincangan Kuala Lumpur Summit baru-baru ini kepada semua pimpinan dan intelektual negara Islam Timur Tengah. Dua kata kunci tersebut merupakan penentu kepada wujudnya suasana yang sesuai untuk lahirnya model pemerintahan moden yang bersandar pada nilai dan asas Islam.

Para delegasi bersetuju. Setelah tersangkut seketika dalam ruang perdebatan teori tentang konsep pemerintahan Islam, mereka tahu bahawa tanpa dua kata kunci tersebut, apa yang mereka debatkan sukar untuk diterjemah ke dalam dunia nyata dan disokong oleh rakyat. Namun dua kata kunci itu, kunci untuk memilikinya telah dirampas dari tangan mereka. Kuasa hegemoni US-Israel dengan sengaja memastikan agar kedua-dua perkara tersebut tidak mampu muncul di Timur Tengah. Itulah kerunsingan dan perhatian pimpinan umat Islam di sana kini, bagaimana merampas kembali kunci untuk menghasilkan dua kata kunci tersebut dari tangan musuh.

Di Malaysia nampaknya kini semakin jelas dua kata kunci tersebut diancam. Kontrak sosial yang ada semakin cuba dirobek dan dilanggar dari segenap aspek. Siapakah yang ingin menyaksikan pergolakan di Timur Tengah berpindah ke rantau Asia Tenggara? Tentulah pihak yang bersekongkol dengan kuasa US-Israel samada secara langsung atau tidak.

Di Turki, sebarang cubaan merobek 'peace & stability' ini tidak diberi muka sedikitpun. Recep Tayyip Erdoğan berkali-kali menegaskan bahawa pengkhianat negara tiada tempat di dalam Turki. Keberadaan mereka umpama barah yang semakin menular. Ia mengancam seluruh sendi sistem sosial masyarakat dan mengancam harapan negara untuk berkembang dan mengaplikasikan semangat pemerintahan Islam yang sebenar.

Kita sekarang berada di pinggir jurang namun nampaknya pemimpin yang ada tidak boleh diharapkan. Apakah rakyat Malaysia sanggup membiarkan dalang-dalang kemusnahan terus mengimport sifir yang sama di Timur Tengah untuk dibawa masuk ke negara kita dan akhirnya kita ditimpa krisis yang sama? Apakah rakyat Malaysia sanggup membiarkan demokrasi negara kita terus di'cedera'kan dan di'buli' (abuse) oleh mereka yang membawa agenda US-Israel?

Nasib dan masa depan negara ini di tangan kita.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails