April 22, 2014

Bahana apologetik kepada orang kafir


Kerana sayangnya Allah s.w.t dan rasul-Nya, kepada umat manusia, Allah mengajar rasul-Nya agar berkata seperti berikut:

"Katakanlah (wahai Muhammad): wahai orang-orang kafir!" (Say: O unbelievers!)

Mengapa pula kalau sayang, perlu gunakan kalimah 'kafir' kepada mereka?

Begini.

Secara teorinya, adakah seorang manusia akan berubah jika dia tidak tahu atau tidak merasakan dirinya bersalah? 

Apakah cara untuk mengubah manusia kepada sesuatu yang benar dan sepatutnya?

Dia perlu tahu bahawa dia di dalam keadaan yang salah, dan dia perlu merasakan dirinya bersalah. 

Panggilan 'kafir' kepada orang yang kafir tidak lain tidak bukan ialah sebuah seruan mengajak mereka kepada perubahan dan kepada hidayah; lantaran mereka menyedari bahawa mereka itu 'tidak menerima' dan 'tidak percaya' (kafara) akan kebenaran tauhid.

Begitu juga segala amaran keras dan peringatan tentang seksaan di dunia dan akhirat kepada mereka. Ianya tidak lain dan tidak bukan merupakan sebuah 'uslub' (method) rabbani (daripada Allah) untuk menyedarkan mereka bahawa mereka itu sedang salah, dan mereka itu perlu berubah.

Ini ialah kaedah yang rabbani, kaedah yang diajarkan oleh Allah, siapakah kita untuk mempertikaikan perkara ini?

Inilah hikmah. Bukannya hikmah itu apa-apa sahaja yang disangka manusia, yang bentuknya lembut dan memanjakan belaka. Hikmah itu ialah kebijaksanaan di dalam menegur manusia. Dan tidaklah bijak orang yang menyangka dirinya mengajak kepada kebenaran, walhal apa yang dilakukan ialah meraikan (celebrate) dan memanjakan (spoil) kesalahan dan kekufuran.

Setelah melihat apa yang berlaku sesudah kematian mendiang Karpal Singh, saya semakin faham, mengapa orang-orang kafir di Malaysia tidak merasakan keperluan untuk mereka berubah dan bergerak menuju kepada hidayah. Sedangkan mati di dalam keadaan kufur pun dirai-raikan dan dimanja-manjakan, apalah perlunya menjadi seorang muslim? 

Kesimpulan saya: Orang kafir di Malaysia semakin jauh daripada Islam kerana wujudnya golongan umat Islam yang apologetik dan 'allergic' kepada kaedah yang diajarkan oleh Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails