July 08, 2011

9 Julai 2011


Esok ialah hari penilaian indeks kebijaksanaan pemerintah bagi kerajaan Malaysia sekarang.

Rasanya tak payah belajar tinggi-tinggi pun boleh ukur. Harap-harapnya kerajaan tak terlalu dangkal.

Sebolehnya yang patut dielak semua sekali ialah kacau-bilau dan huru-hara, sebab itu boleh mengganggu lebih banyak hak asasi manusia. Tapi kalau jadi juga, pihak yang berhimpun kena segera wujudkan langkah pencegahan dan tingkatkan aspek keselamatan.

Mesir dah lalu dah. Cuma mungkin orang luar nampak yang berdentam-dentum saja, tak nampak yang kompleks dan secara realiti berlaku di medan, dan di seluruh tanah republik ini.

Mesir secara hakikatnya sekarang sedang melalui fasa yang lebih getir berbanding sebelum berlaku peristiwa 25 Januari. Secara umum memang nampak lebih bebas, tapi secara halus dan realistik, keadaan lebih rapuh berbanding dulu. Silap langkah sedikit atau ada saja satu pihak yang bermain muslihat, habis seluruh negara.

Pokok pangkalnya, menyatakan tuntutan dan memperdengarkan suara serta kehendak rakyat memang perlu, dan bagus. Tapi kena ada syarat. Perlu ada mekanisme untuk ukur dulu tahap kesedaran/kefahaman rakyat tentang tuntutan tersebut, cara pengendalian tuntutan, dan prospek masa depan selepas tuntutan dibuat. Sedar & faham yang jelas, bukan tangkap muat, dan bukan sebab semangat. Paling kurang ada 30%-40% yang faham pun sudah selamat.

Tapi kalau tak pernah ukur, dan tak tahu hakikat berapa ramai yang sedar, faham, dan boleh disiplin dengan rasional, ditambah lagi dengan kuasa yang kuat menghalang, maka memang ada bahaya besar yang perlu ditanggung.

Semoga Allah memandu rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang tercinta.

p/s : Sekadar suara dari jauh, seberang benua. Tak setuju dengan saya boleh datang borak. Percuma teh 'aroosa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails