December 20, 2009

Perbandingan Pendapat.

Sedikit perkongsian.

Kata guru Fiqh Perbandingan saya, Dr Sa'd Ad-Din Mas'ad Hilali, kepada kami semua, pelajar tahun satu Kuliyyah Syariah Islamiah :

" Seorang ahli Fiqh tidak akan mempengaruhi ahli-ahli fiqh yang lain untuk menerima pandangan yang rajih di sisinya. Dia hanya berhak membentangkan dalil-dalil yang pada pandangannya kuat untuk dijadikan pendapat untuk menceritakan pendiriannya.

Kita semua hanya bertanggungjawab sebagai 'penerang fakta' dan 'pemberi penjelasan' dan bukannya 'penetap wasiat/hukum' di hadapan para ilmuan lain. "

" Seperti juga apa yang sepatutnya berlaku di antara seorang ayah dan seorang anak yang sudah baligh. Jika si anak tidak menerima pandangan yang rajih di sisi ayahnya (contohnya di dalam penentuan calon perkahwinan) bukanlah ia dianggap derhaka. Sekiranya si anak menjawab dengan cara yang kasar barulah ia dikira derhaka. Si anak berhak membentang pandangan yang rajih di sisinya. "

December 08, 2009

Mana menara masjid?


Tindakan para pengundi Switzerland untuk menyokong inisiatif Swiss People Party (Parti politik terbesar Switzerland) baru-baru ini mengejutkan sesiapa pun. Mengharamkan pembinaan menara masjid baru di Switzerland adalah satu perkara yang agak mengecewakan bagi sebuah negara yang terkenal di mata dunia dengan kesederhanaan politik dan menghormati hak asasi manusia, khususnya dalam hak beragama.

Isu ini, antara pelbagai isu lain yang berkocak minggu ini, berjaya menarik perhatian saya.

Related Posts with Thumbnails