Recent Posts

Friday, March 20, 2009

The Road Not Taken.

Entah kenapa saya tiba-tiba jadi teringat pada puisi Inggeris ini. Satu puisi mendalam oleh Robert J. Frost yang pernah semua pelajar di Malaysia pelajari dalam KBSM, English Literature.
Barangkali saatnya tepat untuk saya baca kembali puisi ini.
_____________________
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that, the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
two roads diverged in a wood, and I --
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


________________


The literal meaning of this poem by Robert Frost is pretty obvious. A traveler comes to a fork in the road and needs to decide which way to go to continue his journey. After much mental debate, the traveler picks the road "less traveled by."
The figurative meaning is not too hidden either. The poem describes the tuogh choices people stand for when traveling the road of life. The words "sorry" and "sigh" make the tone of poem somewhat gloomy. The traveler regrets leaves the possibilities of the road not chosen behind. He realizes he probably won't pass this way again.
_______________
Ada 2-3 orang pernah bertanya saya tentang pilihan hidup saya. Juga meminta nasihat untuk pilihan hidupnya.

Begitulah. Kalau bahtera kita bahtera Dakwah, kita ialah Ghuraba'. Dan akan sentiasa jadi Ghuraba'.

Beruntunglah bagi Ghuraba'.

Friday, March 13, 2009

Mutasyakkir Awi.

Kepada semua yang :

1. Memberi idea
2. Memberi inspirasi
3. Memberi contoh
4. Memberi kebenaran
5. Memberi dana
6. Memberi bantuan emosi
7. Memberi tunjuk ajar langsung/tak langsung
8. Memberi pembetulan
9. Memberi keyakinan
10. Memberi cabaran
11. Memberi markah
12. Memberi 'ERTI'

Saya titipkan ucapan kerdil dari saya:
' Mutasyakkir Awi!'

Thanks a lot.

Syed Ahmad Israa'
STAM 2008.

_________
Seramai 3,098 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun lalu memperoleh sekurang-kurangnya lulus(Maqbul) dalam setiap mata pelajaran, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.
Beliau berkata bagaimanapun pencapaian kali ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding tahun lalu seramai 3,341.
"Daripada 10 mata pelajaran yang diambil, 562 memperoleh cemerlang (Mumtaz) pada 2008 berbanding 729 pada tahun lalu," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan STAM di Putrajaya hari ini.
Alimuddin berkata bagi peringkat kepujian (Jayyid Jiddan), jumlah calon yang memperoleh keputusan itu sama dengan 2007 iaitu 811 calon.
Beliau berkata pencapaian cemerlang (mumtaz) yang terbaik ialah bagi mata pelajaran Insya'' dan Mutala''ah iaitu 6.2 peratus dan mata pelajaran Hifzil Quran dan Tajwid iaitu 22.6 peratus.
Seramai 6,240 calon menduduki peperiksaan STAM tahun lalu di 92 pusat peperiksaan seluruh negara.
(Sumber: Kenyataan akhbar - 12/03/2009)

Sunday, March 1, 2009

Bekalan.

1.
Pernah murabbi saya berkata :
"Daie di Malaysia yang belajar agama, akan datang perlu lebih kuat penguasaan ilmunya,hingga dia mampu menonjol di dalam masyarakat dengan kemampuannya menerangkan agama ini dengan jelas dan disenangi, lalu dengan itu dia berupaya membawa dakwah ini pergi lebih jauh dan lebih menyentuh hati pelbagai jenis golongan masyarakat di hadapannya."

Bagi saya itu bukan pilihan. Itu satu yang mesti saya lakukan dan realisasikan satu masa nanti. 
Jadi buat masa ini, saya sedang siapkan diri dengan kunci ke arah penguasaan tersebut : Bahasa. Lebih tepat, Bahasa Arab.

Ada yang bertanya : Bahasa arab,hm,perlu lagi ke pemantapan? Rasanya tengok keputusan peperiksaan,bukan setakat meyakinkan,cemerlang malahan.

Saya menjawab : Peperiksaan langsung tak menandakan nilai sebenar penguasaan bahasa kita. Bahasa bukan teori yang kaku yang perlu dihafal semata. Ia satu budaya yang hidup dan wujud untuk dipraktikkan. Jika ia bukan budaya kita, dipraktikkan pun tidak, kita adalah orang asing bagi bahasa tersebut.

Alhamdulillah,kelas saya sekarang menjuruskan saya ke arah budaya dan praktis.
Moga-moga Allah redha, dan kurniakan kunci ilmu ini, lalu saya guna pula untuk membuka pintu-pintu gedung ilmu yang menanti, dan siap sedia untuk 'merasai' dan mengamalkan.

2.
Pernah juga murabbi saya berkata:
"Akan datang, sama sekali tidak cukup bagi seorang murabbi mempunyai satu dua sahaja bakat/kemampuan dalam bidang-bidang lain. Masyarakat pelbagai ragam dan kecenderungannya. Kalau hanya mahir bermain bola, jangan sangka kita mampu untuk membawa lebih ramai manusia. Murabbi akan datang perlu punya 'syumul ihtimaam', guna dia mampu memberi taujihat dan pendapat yang lebih tepat bila pelbagai masalah dirujuk oleh mad'unya, juga dia mampu membina medan amal yang lebih luas dengan kemahiran dan pengetahuan,bukan sekadar semangat dan fikrah."

Saya sedar kecenderungan saya yang tinggi dalam seni. Saya pernah terlibat dan duduk dalam beberapa medan berunsur seni dan kreativiti.

Cuma saya pernah ragu-ragu dengan kecenderungan tersebut. Bimbang sebenarnya. Kalau-kalau kecenderungan itu tidak sikit pun memberi manfaat kepada pembaikan diri saya, dan membantu dakwah. Atau mungkin lebih menjauhkan dan merosakkan. Saya bimbang benar.

Alhamdulillah, saya diberi faham, seperti apa yang murabbi saya pernah katakan. Apa pun bakat juga kemahiran tidak layak disia-siakan dengan meninggalkannya, atau menggunakannya pada tempat yang tidak sepatutnya. 

Maka itu, saat ini, saya kira saya punya sedikit masa lapang yang cukup untuk saya fahami dan kembangkan apa yang saya mahir. Saya belajar untuk tingkatkan kualitinya, dan menyalurkan kualiti dan kemahiran tersebut demi manfaat dakwah.

Khususnya, saya sedang memberi tumpuan dalam bidang grafik dan media. Alhamdulillah, saya punya medan dalam organisasi dakwah untuk menyalurkannya. Mungkin terpaksa 'berkawan rapat' dengan laptop saya lebih sedikit buat masa ini, tapi saya tahu ke mana tujunya. 

Moga-moga Allah redha, dan izinkan diri saya sepenuhnya bermanfaat kepada dakwah dan umat Islam. 

3.
Dalam kesibukan antara dua perkara tesebut, tentunya perkara-perkara asasi lain - diri juga orang lain -  harus terus meningkat kualitinya. Penat,susah, ya, bohonglah kalau tidak susah. Lebih-lebih bila tiada bi'ah yang sebenar. Tapi usaha terus-lah. Allah akan nilai usaha kita insyaAllah.

Jalan ini masih panjang. Musafir kita masih jauh. Moga-moga kita punya bekalan, dan terus mengumpul bekalan.

Ya Allah, pandulah kami.

1 Mac 09. 
Wah. sudah Mac?