Recent Posts

Friday, August 31, 2007

*pause* ||

Ahlan Ya Ramadhan..mubarak!

Ahlan Ya Imtihan..Rabbi!

coming so soon - peperiksaan percubaan SPM 2007 -

Thursday, August 23, 2007

Khabar Dari Bumi Suci

Kata orang, berkongsi perasaan itu baik. Melegakan hati,menenangkan jiwa pula. Baiklah, saya ingin memastikan kebenaran kata-kata itu. Izinkan saya pula yang berkongsi perasaan saya.

******

Tempat letak kereta sudah mula dipenuhi. Saya yang baru sampai setelah 30 minit perjalanan dari rumah, kemudian 30 minit lagi dari Shah Alam pula, segera ditunjukkan tempat memarkir kereta oleh pengawal. (saya bersama dengan beberapa rakan lain.)

Kami disambut oleh para ustaz dan urusetia majlis pada malam itu. Kami dipersilakan masuk terus ke dewan, dan diminta memenuhkan kerusi-kerusi di bahagian hadapan. Dewan agak kondusif, berhawa dingin dan berkerusi empuk bak kerusi tetamu di majlis perkahwinan Raja Nazrin (mungkin?).

Rupa-rupanya kami tiba awal. Majlis belum pun hendak bermula.

15 minit menanti, kedengaran suara-suara menyambut tetamu di pintu masuk dewan. Dari pintu masuk dewan saya dapat lihat beberapa orang asing dipimpin masuk terus ke kerusi di bahagian hadapan saya. Dari ketinggian dan bentuk wajah saya cukup pasti mereka ini datang dari negara-negara di timur tengah. Tidak syak lagi. Pada awalnya hanya 4 orang yang masuk ke dalam dewan, namun tak lama kemudian seorang lagi datang menyusul. Tampak lebih tua berbanding yang lain. Mungkin yang paling tua.

Para hadirin juga kelihatan mula memenuhi segenap ruang dewan hingga terpaksa menggunkan kerusi tambahan, yang mungkin sedikit kurang empuk dari saya. Rezeki saya, dapat duduk di hadapan, dapat pula kerusi yang empuk. Minta-minta tidak mengantuk.

Majlis dimulakan. Kami diperkenalkan dengan tetamu yang hadir pada malam itu. Yang hadir 5 orang tetapi hanya 2 orang yang diperkenalkan. 2 orang itulah yang bakal bercakap sebentar lagi. Pengenalan yang diberikan oleh pengacara majlis agak kaku. Biar saya sendiri yang perkenalkan mereka.

Lelaki pertama yang akan bercakap, Musheer dari Palestin. 31 tahun, beristeri satu, beranak empat. Raut wajah tampak lembut dan tenang. Jambang penuh di pipi dan dagu, tetapi rapi terurus. Ada iras-iras Ahmadinejad, cuma mungkin lebih muda. Gaya seorang professional dan ditemani iman di segenap hati. Sungguh, jika tidak dinyatakan, saya tidak akan tahu yang dia ialah salah seorang ahli parlimen Palestin di bawah kerajaan Hamas, dan merupakan yang paling muda! Saya juga pasti, kiranya tidak diberitahu, pasti saya tidak akan menyangka bahawa dia hidup dalam pelarian, berpindah-randah tidak tentu masa, dek kerana diburu Zionis laknatullah. Katanya sudah beberapa lama begitu, sejak semua jalan masuk ke Gaza (kawasan HAMAS) ditutup belaka. Hati kecil saya kecewa dan kagum sekaligus.

Penyampaiannya dalam bahasa arab fushah, sekali-sekala berloghat Palestin. Banyak perkara yang dijelaskan dan disampaikan olehnya kepada kami, yang saya pasti sangat sukar ditemui dalam media massa (ini akan ada penjelasannya kemudian).

Baru malam itu saya tahu betapa kebejatan yang berlaku di Palestin lantaran kebodohan dan kedegilan parti FATAH. Mereka memperjuangkan idea ‘kesatuan kebangsaan’ yang nyata sekali ditaja oleh Amerika dan sekutunya. Sungguh menjijikkan. Jijik kerana dengan itu, mereka menyangka mereka akan mendapat sokongan daripada rakyat Palestin. Mereka pisahkan pentadbiran Tebing Barat dan Gaza. Di Tebing Barat, mereka mentadbir kononnya dengan penuh jayanya dan memenuhi hak rakyat, yang diwar-warkan sebagai hasil perdamaian mereka dengan Zionis. Di Gaza (di bawah seliaan HAMAS) pula, dibiarkan terkontang-kanting, malah ditekan pula, kononnya supaya tampak HAMAS tidak berdaya menjadi benteng rakyat Palestin.

Namun FATAH seperti yang saya katakan, memang bodoh lagi menjijikkan. Saya mungkin keterlaluan, tapi hakikatnya begitulah. Mereka ini orang Islam yang sangat boleh kita ragui keimanan mereka kepada Allah. Itu yang saya fikirkan.
Mungkin saya terlalu kecewa, kerana HAMAS terpaksa juga memikirkan masalah FATAH yang jahil ini, di samping meneruskan jihad dan penentangan mereka ke atas si penjajah Bumi Suci, Zionis Laknatullah.

Tolonglah, hati saya sudah separuh bersama dengan ikhwah-ikhwah HAMAS.

Nasib baik saudara Musheer tadi berkongsi beberapa perkara yang lain. Sungguhpun menemui kebodohan yang sedemikian rupa, rakyat Palestin cukup bijak untuk tidak menjadi bodoh seperti FATAH. Sukar rakyat Palestin, majoritinya, untuk berdamai dengan mereka yang mengarahkan rumah tempat mereka berkumpul dengan saudara mara penuh kegembiraan diroboh dan dirampas begitu sahaja. Sukar mereka ingin berdamai dengan kaki-kaki yang telah menendang perut-perut mereka yang sarat dengan generasi baru mereka. Sukar mereka ingin berdamai lagi dengan mereka yang telah mengganggu ketenangan mereka berjalan-jalan dan bertahajjud di bawah bumbung Al-Aqsa yang mulia. Tambah lagi, mereka ini sudah cukup terhutang budi dengan HAMAS yang telah memberikan tarbiyyah Islamiyyah kepada mereka hingga mereka mampu tenang malah berbangga menderma darah untuk Bumi Suci. Sukar sekali.

HAMAS cahaya baru mereka. Pada HAMAS ada harapan, ada masa depan, dan ada jalan penyelesaian. HAMAS mendidik anak mereka hingga berbaju raya dengan baju tentera. HAMAS mendidik kaum ibu mereka hingga berlumba-lumba membiarkan anak mereka mati, di jalan Allah pastinya. HAMAS mendidik remaja mereka hingga mereka tidak kenal sama sekali Harry Potter apatah lagi My Chemical Romance.

Saya berbisik berulang kali di hati saya, Ya Tuhan, jadikan aku sebahagian dari mereka.

30 minit berlalu tanpa saya langsung sedari. Sungguh, dari hati saudara Musheer, saya sendiri seolah percaya dan yakin dengan kepahlawanan dan ketekunan HAMAS meyelesaikan masalah kami rakyat Palestin.
Ops, maksud saya, masalah mereka di Palestin. Juga masalah kita saudara mereka di seluruh dunia yang tidak punyai keadaan seperti mereka.

~ (rehat dulu, lelaki kedua sedang membetulkan mikrofon..) ~

Sunday, August 19, 2007

Cereka Sejarah (edited)


*Buat renung-renungan 'sesiapa' yang faham


Ahmad mengangkat buku usang itu perlahan-lahan. Habuk tebal tak terkata.
Tangan kanan memegang penuh berhati-hati. Tangan kiri mengusap-usap perlahan kulit buku berhabuk tebal.

“KELAS5007 : Satu Penelitian Sejarah”

Alhamdulillah, jelas dapat dibaca lagi tajuknya, getus Ahmad. Dalam kotak fikirnya berenang-renang seribu dua persoalan. Dia semacam pernah terjumpa dengan nama di dalam tajuk itu. Entah bila pernah terbaca sebelum ini. Di mana ya? Macam ternampak baju..bukan..macam ternampak di blog…bukan..macam pernah dengar masa masuk liga bola tampar dulu…bukan…oh,mungkin juga ya, entahlah. Ahmad serabut sekejap.

Tapi yang pasti, ada sesuatu dengan nama ini..kalau tidak, masakan sejarahnya mahu diteliti. Ada apa? Itu tak pasti. Mungkin satu catatan hitam sejarah atau mungkin juga tinta emas dalam sejarah.

Kalau betul yang diteliti ini tinta emas sejarah, berbaloilah membacanya. Pasti cukup enak dinikmati, wanginya pasti cukup menggugah jiwa yang hidup. Sudah tentu banyak pula yang boleh difikir-fikirkan lalu diolah dengan keadaan lalu diamalkan jua sepanjang zaman. Menarik. Segera tangan Ahmad menyelak.

Eh, sekejap.

Kalau yang di dalam ini catatan hitam sejarah, bagaimana? Risau juga. Kalau sudah mula membacanya, pasti mata pun jadi merah-merah lalu otak pula mendidih-didih. Sampai di hati pula pasti nantinya muncul benci, meluat, menyampah, geli, jijik, miang, gatal-gatal, dan entah berapa ribu macam lagi yang duduk bersarang dalam hati. Sudahnya mulut pula tak tertahan duduk senyap, mulalah ia merayap mencari telinga lain untuk dikongsi bersama apa yang ada di sarang hati. Ish, tak eloklah.

Ahmad tinggalkan buku tepi lampu dan beredar pergi.

Friday, August 10, 2007

Jangan keliru!


Sekolah Menengah Islam Hira’,Isnin, 6 Ogos. Pagi berembun nyaman tak terdaya menyamankan. Bahkan malam sepi sebelum itu pun tak mampu mendiamkan. Debar dan kencang detak hati mereka. Esok bakal menentukan. Adakah tahun mendatang penuh kepeningan atau penuh ketenangan.

Perhimpunan dimulakan. Berlangsunglah majlis peralihan jawatan.

Kalau di sekolah, peristiwa seumpama ini memang sangat bermakna. Kalau adik-adik form 1 memang tertunggu-tunggu, maklumlah, tak sabar nak sarung baju hijau. Kalau abang-abang form 3 dan form 5, pun tertunggu-tunggu juga. Kononnya tugasan dah selesai dan boleh tumpu pelajaran. Mungkin betul, mungkin juga tak.
Yang berpeluh-peluh hari tu, yang bakal dimandatkan dengan JAWATAN RASMI untuk menjalankan segala AGENDA SEKOLAH.

Sekali fikir, memang nampak macam bermakna dan berat. Tapi kalau kita duduk lama sikit lagi, fikir dalam sikit lagi, sebenarnya, takdelah bermakna sangat pun.

“ Nahnu Du’ah Qabla Kulli Syai’ ”
~kita adalah dai' sebelum segala sesuatu~

Nah, cukup untuk menghilangkan segala kepeningan pimpinan baru yang telah rasmi dilantik. Bahkan cukup dalam untuk dijadikan renungan sesiapa pun yang cuba-cuba bergelar dai’. Kita ini, adalah DAI sebelum segala sesuatu. Buktinya?
“Kamulah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyeru kepada perkara-perkara kebaikan dan kamu mencegah perkara-perkara kemungkaran”

Ini sekuat-kuat dalih untuk meyakinkan kita. Ketua Umum, Ketua Syabab, Ketua kelas, Biro Teknikal BADAR, dan berpuluh-puluh lagi jawatan rasmi yang disandang, semuanya perlu kita dahului dengan kefahaman kita sebagai seorang DAI.
Bahkan dalam hidup sebenar kita pun perlu macam tu. Kita guru ke, kita pengurus besar ke, kita doctor pakar ke, kita pensyarah ke, kita tauke ke, dan entah beratus ribu lagi watak dan peranan yang ada, semuanya perlu kita dahului dengan kefahaman bahawa kita adalah seorang DAI.

+ Kenapa pulak? Kan kalau kita buat kerja-kerja tu kira berdakwah jugak?

Mungkin, tapi betul ke macam dakwah yang kita fahami dan pelajari dari Rasulullah s.a.w? Satu soalan, apa jawatan yang pernah dipegang oleh Rasulullah? Ketua negara? Panglima perang? Ayah? Naqib?
Pernah tak Rasulullah secara rasminya dimaklumi memegang semua jawatan dan peranan tu?
Setahu saya, tak pernah. Rasulullah sentiasa mengakui dan mengisytiharkan bahawa dirinya adalah seorang RASUL yang diutuskan oleh Allah. Inilah taklif yang paling UTAMA yang sentiasa bermain dalam benak kepala Rasulullah s.a.w. Dan apa tugas seorang rasul? Sendiri jawab. Adapun peranan dan jawatan yang lain tu, semuanya lahir hasil daripada Rasulullah menjalankan tugas asasinya sebagai seorang RASUL yang berdakwah lepada Allah.

Kita pun kena faham, dakwah itu luas. Tapi yang perlu kita faham melalui kata-kata di atas tadi ialah dakwah dalam bentuk yang pernah kita pelajari manhaj dan cara-caranya. Mengumpul, Membina, dan Menggerakkan manusia. Bermakna di mana sahaja kita berada dan berperanan, inilah cara kita menghayati tugas asasi kita sebagai seorang DAI.

Bagi dai, peraturannya ialah syariat Allah, panduannya ialah AlQur’an, Assunnah, dan Pengalaman-pengalaman DAI sebelum mereka.

Ini semua sudah cukup, malah lebih menjaga dan memelihara diri dai’ tu dari sebarang perlembagaan rasmi yang ada di dunia ni.

Friday, August 3, 2007

"Semoga Allah merahmati orang yang menunjukkan kepadaku keaibanku"*
~Syukran jiddan...muallimin wa muallimat...ikhwah wa akhawat~
*Qaul Umar Al-Khattab r.a