Tangisanmu hanya kerana Tuhan
Hatimu terpaut pada rumah-Nya
Nikmat syurga akan kau rasa"
- sings Raihan.
Brat Mikrajovic
Recent Posts

Kita sudah maklum akan perkembangan dakwah di
Memang di Indonesia punya waqi’ (keadaan semasa) yang tersendiri, lain sedikit sebanyak dari di Malaysia, tapi cukup kita melihat usaha-usaha individu-individu dai’e di sana, kita sudah mampu mengangkat tabik ‘spring’ untuk mereka.
Orang-orang berkata, “Lisanul Hal (perbuatan) itu jauh lebih bekesan dari Lisanul Maqal (kata-kata)”. Pendapat saya, ini rahsianya mereka mampu pergi sejauh itu.
Pernah saya berpeluang mendengar penyampaian dan bermalam bersama salah seorang dai’e (baca : ikhwah) dari
Perwatakannya sungguh mudah, bersahaja, dan menyenangkan. Sesiapa sahaja yang ingin bertanya atau berbual atau apa-apa lagi, pasti
Sewaktu qiamullail, saya solat bersebelahan dengan beliau. Saat itu, kerana keletihan malam sebelumnya, ramai jemaah lain senyap dan
Saya juga ingat, hari saya bertemu dengannya, beliau baru sahaja pulang dari
Juga, kehidupannya sungguh simple dan bersahaja, sehingga anda yang membaca pun pasti menyangka dia hanyalah salah seorang lagi dai’e yang sudah merasuk saya hingga sanggup menulis begini. Ya, benar, memang dia hanyalah salah seorang Dai’e, yang memang perbuatannya dan cara dia bergaul, saya kira boleh dinamakan peribadi qudwah.
Quote dari beliau : “Full time job saya... dai’e. Yang lain-lain itu part time sahaja”
Orang yang hidup memang belum bebas dari fitnah, tapi tidak sombongkah kita untuk tidak mencontohi kebaikan-kebaikan saudara kita yang lain di dunia ini? Mereka ini hidup bersama dakwah, dan dakwah hidup bersama mereka. Orang-orang seperti mereka sememangnya juga manusia, dan pasti berbuat salah. Tapi nyatanya, banyak lagi yang baik dari mereka yang boleh kita ambil.
Pasti mengejutkan jika saya memberitahu siapa beliau dan apa posisi beliau sebenarnya.

Aduh, penjara itu lagi. Sudah beberapa kali jiwa itu cuba lari dari penjara itu. Penjara itu seolah melambai-lambai, menggamit hati jiwa yang resah kesah sepanjang hari. Meskipun hanya selangkah cuma, dicubanya jiwa itu menahan diri dari penjara itu.
Tup! Tidak! Tanpa disedari jiwa itu sendiri sudahpun terpenjara. Dalam sedar dan tidak, rupanya jiwa itu telah membuka langkah menuju masuk ke dalam penjara itu. Lantas ia mengurung dirinya sendiri.
Saat ini genting. Jiwa yang terpenjara dan terbelenggu itu masih koma! Ia tidak dapat merasai belenggu yang membelenggu dan penjara yang memenjara jiwa resah kesah itu. Lambaian gamitan bayangan indah penjara itu masih menguasai jiwa lemah itu. Genting!
Di saat yang lain, satu kuasa retorik telah berjaya menarik keluar jiwa itu, masih tanpa kewarasan jiwa itu sendiri. Namun, jiwa mana yang tidak terkasih dengan Tuhannya Pemilik Segala itu. Rahmatnya terlalu agung lantas mendampingi jiwa kerdil lemah buta itu, seraya membelainya dengan belaian kasih tak terhingga.
Dalam gelap akhirnya, jiwa itu menyungkur. Di sisi Pemiliknya. Terkapar, moga-moga dengan penuh kewarasan. Waras akan bahaya penjara dan belenggu yang ditemuinya tadi, dan waras akan limpahan tumpahan curahan Rahmah dan Maghfirah yang dituang dari ‘Arasy Pemiliknya di bulan agung barakah ini.
Sanggup lagikah jiwa itu mencurigai Rahmah, juga mengkhianati Maghfirah itu?
Ketahuilah hai jiwa kerdil, siapa kau tanpa Rahmah dan Maghfirah?
“Semenjak Mei 1969, jurang perbezaan antara kaum di
Kesannya besar, dan banyak. Antara yang mungkin dapat dilihat, dari segi kerjasama dalam melakukan sesuatu. Masing-masing lebih cenderung untuk bekerjasama dengan kaum masing-masing. Jarang dapat kita lihat orang Cina yang membantu orang Melayu seperti mereka membantu kaum mereka sendiri.
Inilah akibatnya jika segalanya berasaskan kaum dan bangsa.
Inikah akibatnya jika bukan Islam yang menjadi kerangka pemikiran.”
Baru-baru ini, saya berpeluang mengikuti kelas tuisyen matematik tambahan, khas untuk pelajar asrama. Yang menyertai kelas khas tersebut hanya 2 orang, saya dan seorang lagi rakan berbangsa melayu, Aleef.
Guru saya seorang pemuda Cina sekitar lewat 20-an.
Kelas tuisyen tersebut dapat saya hadiri selama 3 hari sahaja. Tetapi 3 hari ini banyak mengajar saya, bukan setakat pelajaran matematik tambahan, tetapi juga pelajaran kehidupan.
Berurusan dan menuntut ilmu dari guru berbangsa lain memang belum pernah saya alami secara serius. Mengikuti sistem pendidikan yang saya lalui dari kecil hingga sekarang, tidak memberi laluan saya merasai pengalaman berguru dengan guru yang berlainan bangsa, khususnya Cina. Walaupun dalam kehidupan seharian saya sebelum ini, saya punyai ramai kawan yang berlainan bangsa.
Mengenai guru tadi, mengapa Cina khususnya? Kerana menurut ‘mitos-mitos’ yang biasa saya dengar dari mulut orang bukan Cina, guru-guru Cina betul-betul tegas dalam masalah pelajaran, lebih-lebih lagi matematik. Tidak hairan ekonomi dimonopoli mereka di
Alhamdulillah, saya berpeluang merasai sendiri ‘mitos’ tersebut dengan kelima-lima deria saya, bukan sekadar melalui telinga. Pastinya berbeza.
Juga ia mengingatkan saya kisah seorang ulama’ (lupa namanya, siapa ya?) yang pernah memeluk seorang Yahudi lantaran Yahudi tersebut mengajarnya ilmu pembezaan jantina anjing melalui cara ia membuang air kecil.
Hari pertama saya dikenalkan, saya masih ingat betapa dia menunggu saya di tempat tuisyennya dalam keadaan berpeluh-peluh. Rupanya dia sudah beberapa minit yang lalu sibuk mengurus pelbagai benda untuk kelas kami. Fotostat, telefon, dan sebagainya.
Dia perkenalkan namanya, Terry. Dan saya perkenalkan nama saya ringkas, Syed.
Sejurus Aleef datang, kami naik ke kelas tuisyen untuk bermula.
Awal-awal lagi, sebelum kami mulakan pelajaran, dia berkata :
“I’m really sorry that only 2 of you can come today. I think now it’s a bit unfair for me and you if we keep the charge like usual. I charge RM60 per hour, but since only two of you is here, we have to adjust a bit, because we cannot divide to many people like before. I’m so sorry, so now I’m asking both of you, we’ll have 1 hour class or two hour? If two hour than you both have to pay RM60, you don’t care? You know time is money and money is time, hehe,”
Saya saksikan sendiri bagaimana Terry benar-benar teliti dalam ‘business’nya. Dan kami memang benar-benar menggunakan 2 jam pada hari itu sepenuhnya. Terry tidak akan membazirkan walau seminit pun. Dia akan meminta kami bertanya soalan, atau dia sendiri akan memberi soalan. Sekiranya kami bermula lambat,atau dia berhenti minum atau berborak sebentar, minit-minit yang terpakai itu akan digantinya semula. Kerana itu biasanya kami bermula jam 10 dan berakhir jam 12.30.
Seperkara lagi, nama saya yang saya perkenalkan ringkas pada hari pertama, nama itulah yang diingatinya hingga hari ketiga, tanpa perlu bertanya semula. Dia malah bertanya mengenai sekolah saya, umur saya yang terlajak 2 tahun, cita-cita saya, dan bermacam-macam lagi perkara yang berkaitan. Cara yang digunakan dalam mengajar juga betul-betul berkesan. Mungkin pengalaman. Tetapi bagi saya, itu bukti dedikasinya kepada ‘pelanggan’nya. Saya sendiri yang melihatnya boleh merasai penatnya.
Saya pernah bertanya kepadanya tentang kerjanya. Dia menjawab:
“ I work from 2.30 pm to 10 pm. It’s a bit odd. People normally starts at 9 am right? I start after school. Monday to Friday. Saturday and Sunday, my class is from 9 am to 6 pm. Yeah, I’m working like mad, I wish I could work less, but I don’t think I can.”
Dan memang, ‘mitos’ yang saya dengar adalah benar. Kami sering di’drill’ oleh Terry, di kelas, dan di rumah (Kami diberi kompilasi percubaan SPM milik Terry). Kebanyakan soalan juga kami dilarang menggunakan kalkulator, walaupun banyak juga tips baru kalkulator yang diajar. Dan Terry sendiri memang cekap dalam matematik. Kiraannya laju dan tepat. Kami juga dilatih mengira laju dan cekap (walaupun memang saya sangat lemah untuk itu).
Pengalaman yang saya rasai ini, banyak memberi perspektif baru kepada bangsa lain dalam diri saya. Jika saya memandangnya dengan kacamata
Yang baik jadi tauladan.
(In Memory Of Terry Tee. 29-31.5.2007)Copyright © 2009 Atas Jalan Lurus, Powered by Blogger
CSS designed by Mohd Huzairy from MentariWorks
Blogger Templates created by Deluxe Templates