November 26, 2007

Keluar sudah...

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah semata-mata, dan tiada yang lebih layak dari-Nya.

Saya hampir selesai menjawab beberapa soalan daripada Kementerian.


Bukan dengan niat melakukan provokasi, tapi sememangnya sesiapa yang tidak berdaya menilai soalan-soalan (a.k.a SPM, PMR, UPSR~dan dengar cerita mahu ditukar kepada PSR,entahlah) tersebut dengan mata hati yang Allah kurniakan, pasti, hampir 50% daripada kehidupannya menunggu masa sahaja untuk disia-siakan dari potensinya yang jauh lebih melangit.

Mungkin tak ramai yang diuji dengannya sekarang. Tapi sudah ramai yang berjaya diuji, dan ramai pula yang bakal merasai ujiannya.

Entah bosan atau tidak kita semua dengan isu ini.

Saya hanya berminat mengupas isu 'ujian' ini dari satu sudut yang saya fahami, hasil didikan orang yang bertanggungjawab ke atas saya.

Dan harap maklum, 'ujian' yang saya maksudkan, minta difahami sebaiknya. Insya Allah, dalam tulisan yang berikutnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails