June 06, 2007

tentang pemuda...

"Andai nafsu dapat kau tahan
Tangisanmu hanya kerana Tuhan
Hatimu terpaut pada rumah-Nya
Nikmat syurga akan kau rasa"

- sings Raihan.




June 03, 2007

Bismillah..terus jalan!


Kita sudah maklum akan perkembangan dakwah di Indonesia saat ini. Prestasi yang diukir para dai’e di Indonesia, sememangnya patut dibanggakan.

Memang di Indonesia punya waqi’ (keadaan semasa) yang tersendiri, lain sedikit sebanyak dari di Malaysia, tapi cukup kita melihat usaha-usaha individu-individu dai’e di sana, kita sudah mampu mengangkat tabik ‘spring’ untuk mereka.

Orang-orang berkata, “Lisanul Hal (perbuatan) itu jauh lebih bekesan dari Lisanul Maqal (kata-kata)”. Pendapat saya, ini rahsianya mereka mampu pergi sejauh itu.

Pernah saya berpeluang mendengar penyampaian dan bermalam bersama salah seorang dai’e (baca : ikhwah) dari Indonesia. Pengakuan saya, memang walaupun tidak sempat berbual sepatah pun dengannya, cukup untuk meninggalkan kesan-kesan ‘tumbukan’ dan ‘tendangan’ di dalam hati saya. Benar, dia hanya seorang DAI’E.

Perwatakannya sungguh mudah, bersahaja, dan menyenangkan. Sesiapa sahaja yang ingin bertanya atau berbual atau apa-apa lagi, pasti cuba dilayaninya.

Sewaktu qiamullail, saya solat bersebelahan dengan beliau. Saat itu, kerana keletihan malam sebelumnya, ramai jemaah lain senyap dan cuba untuk khusyu’. Saya sendiri sedang memikul beban mata yang tidak terperi seksanya. Tiba-tiba, dari kanan saya, saya dengar suara tangisan, sayu dan sayup. Imam sedang membaca ayat berkaitan balasan untuk manusia di akhirat.

Saya juga ingat, hari saya bertemu dengannya, beliau baru sahaja pulang dari Dubai, Moscow, dan beberapa negara lain atas urusan dakwah. Yang menghairankan saya, orang seperti itu, walaupun memberi penyampaian kepada pelajar-pelajar, memang sesuai dan tepat bahasa dan penyampaiannya.

Juga, kehidupannya sungguh simple dan bersahaja, sehingga anda yang membaca pun pasti menyangka dia hanyalah salah seorang lagi dai’e yang sudah merasuk saya hingga sanggup menulis begini. Ya, benar, memang dia hanyalah salah seorang Dai’e, yang memang perbuatannya dan cara dia bergaul, saya kira boleh dinamakan peribadi qudwah.

Quote dari beliau : “Full time job saya... dai’e. Yang lain-lain itu part time sahaja”

Orang yang hidup memang belum bebas dari fitnah, tapi tidak sombongkah kita untuk tidak mencontohi kebaikan-kebaikan saudara kita yang lain di dunia ini? Mereka ini hidup bersama dakwah, dan dakwah hidup bersama mereka. Orang-orang seperti mereka sememangnya juga manusia, dan pasti berbuat salah. Tapi nyatanya, banyak lagi yang baik dari mereka yang boleh kita ambil.

Pasti mengejutkan jika saya memberitahu siapa beliau dan apa posisi beliau sebenarnya.

Baca di sini dan juga di sini.

June 01, 2007

Memoir Ramadhan 1425


Aduh, penjara itu lagi. Sudah beberapa kali jiwa itu cuba lari dari penjara itu. Penjara itu seolah melambai-lambai, menggamit hati jiwa yang resah kesah sepanjang hari. Meskipun hanya selangkah cuma, dicubanya jiwa itu menahan diri dari penjara itu.


Tup! Tidak! Tanpa disedari jiwa itu sendiri sudahpun terpenjara. Dalam sedar dan tidak, rupanya jiwa itu telah membuka langkah menuju masuk ke dalam penjara itu. Lantas ia mengurung dirinya sendiri.



Saat ini genting. Jiwa yang terpenjara dan terbelenggu itu masih koma! Ia tidak dapat merasai belenggu yang membelenggu dan penjara yang memenjara jiwa resah kesah itu. Lambaian gamitan bayangan indah penjara itu masih menguasai jiwa lemah itu. Genting!


Di saat yang lain, satu kuasa retorik telah berjaya menarik keluar jiwa itu, masih tanpa kewarasan jiwa itu sendiri. Namun, jiwa mana yang tidak terkasih dengan Tuhannya Pemilik Segala itu. Rahmatnya terlalu agung lantas mendampingi jiwa kerdil lemah buta itu, seraya membelainya dengan belaian kasih tak terhingga.


Dalam gelap akhirnya, jiwa itu menyungkur. Di sisi Pemiliknya. Terkapar, moga-moga dengan penuh kewarasan. Waras akan bahaya penjara dan belenggu yang ditemuinya tadi, dan waras akan limpahan tumpahan curahan Rahmah dan Maghfirah yang dituang dari ‘Arasy Pemiliknya di bulan agung barakah ini.


Sanggup lagikah jiwa itu mencurigai Rahmah, juga mengkhianati Maghfirah itu?



Ketahuilah hai jiwa kerdil, siapa kau tanpa Rahmah dan Maghfirah? 

Gambar oleh : Faisal Tehrani

| KL International Bookfair | Brat + LiVe |
Related Posts with Thumbnails